#AMANZ24 - Xbox Series S, Acara Khas Apple September Ini dan Android 11 Membawakan Ciri Bubbles Baru

2 Просмотры
Издатель
Apple kini mengesahkan yang mana sebuah acara khas bakal diadakan pada 15 September kelak. Jenama ini dijangka akan mengumumkan beberapa peranti termasuk Apple Watch.

Selain itu, Apple kini membuka cawangan Apple Store ketiga di atas permukaan air di kawasan Marina Bay Sands. Ia dijangka akan dibuka secara rasmi pada 10 September kelak.

Microsoft pula telah berkongsi mengenai Xbox Series secara rasmi. Menerusi video pelancarannya, ia memperlihatkan sokongan resolusi 1440p dengan kelancaran sehingga 120FPS, Directx Ray Tracing dan membawakan penstriman media 4K. Peranti ini dijangka akan tiba di pasaran pada 10 November 2020.

Seterusnya, Google telah mengumumkan pelancaran Android 11 secara rasmi yang membawakan sejumlah ciri-ciri baru. Ia akan menyertakan ciri dinamakan “Bubbles” untuk memudahkan anda kekal berkomunikasi walau menggunakan sebarang aplikasi lain. Peranti yang menerima kemaskini ini termasuk Pixel, OnePlus, Xiaomi, Oppo dan Realme.

Selain itu, sebuah monosikal baru diperkenalkan yang dinamakan Innovation V11. Ia merupakan kenderaan satu roda yang memerlukan pengguna berdiri sepanjang masa. Menariknya, peranti ini dilancarkan menggunakan sistem apungan udara.

Akhir sekali, kerajaan dilihat bercadang untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak untuk pembelian secara atas-talian. Caj perkhidmatan yang dikutip ini dijangka digunakan untuk sejumlah perkara, termasuk dalam mengukuhkan lagi keselamatan siber. Buat masa ini, ia dikatakan masih pada peringkat perancangan awal di kementerian.
Категория
Интересное
Комментариев нет.