Dua daripada tiga pemancing tragedi bot karam ditemui selamat

2 Просмотры
Издатель
Dua daripada tiga pemancing yang dikhuatiri hilang dalam tragedi bot karam semalam, ditemui selamat pada pukul petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud mengesahkan, Mat Awang @Jali, 54 tahun dan Mat Harun Mohd Nor, 55 tahun ditemui bot pemancing di tengah laut kira-kira 30 kilometer dari Pantai Sabak, Pengkalan Chepa.

Kedua-dua pemancing yang ditemui sedang berpaut pada kotak fiber iaitu tong ikan.

Kedua-duanya dibawa ke darat melalui jeti Pantai Sabak Pengkalan Chepa.

Mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan.

Terdahulu, bot yang dinaiki tiga pemancing karam dibadai ombak dan angin kencang malam tadi.

Kejadian berlaku pada pukul malam ketika mereka keluar mencandat sotong.

Seorang lagi mangsa, Zulshahmin Danial Zulazman, 26 tahun, masih belum ditemui.
Категория
Игры
Комментариев нет.